Saturday, 23 December 2017

DECLARATION OF HEALTH


Kena selalu beingat :

 Sekali dah pernah warded, means kita dah pernah ada EXISTING ILLNESS.
 Kena DECLARE dalam Proposal Form.
 Kena dapatkan report dan submit untuk kelulusan.
 Kalau clean...APPROVED
 Kalau tak clean, maybe EXCLUSION atau maybe DECLINED
 Biar susah masa nak apply untuk lulus. Yang penting jujur. Jangan susah masa nak claim kemudian hari nanti

KEPENTINGAN TAKAFUL



"Ramai yg TAK MENYEDARI ttg KEPENTINGAN memiliki TAKAFUL sehinggalah mereka TAK MAMPU lagi utk memilikinya"..

Waktu anda tak terfikir nak ambik itulah waktu yang sepatutnya anda ambik. Bila anda dah terfikir, belum tentu waktu itu anda masih layak..

Jadi seandainya sekarang anda masih MAMPU (SIHAT dan HIDUP) utk mendapatkannya, cepatlah miliki polisi TAKAFUL.. Ambiklah dgn mana2 syarikat Takaful dan mana2 agent yg anda PERCAYA.. Kami sedia utk membantu anda..

Tak perlu tunggu 2018. Bertindak SEKARANG! Sebab apa yang akan terjadi SATU SAAT selepas ini, kita takkan tahu. Termasuklah selepas anda baca posting saya ini...

Wednesday, 20 December 2017

LIMITED AMOUNT OF COMPANY's MEDICAL COVERAGE


Tiba-tiba suatu hari dapat call drpd member@client :
A : Bro, bini aku kena operate sinus dalam masa terdekat ni

B : Ok. Nak masuk hospital mana?

A : Kuantan Medical Center (KMC)

B : Takde mslh. Itu hospital panel. Berapa estimation cost doc bagi?

A : Dalam RM15k++

B : So kau nak guna medical card PruBSN?

A : Tak bro. Company punya medical coverage ada lagi cuma tinggal balance RM8k aje. Lagi separuh aku nak claim under PruBSN Takaful

A : Kenapa tak nak guna PruBSN aje?

B : Aku teringat dulu kau pernah nasihatkan aku. Selagi ada coverage daripada majikan, guna aje dulu. Tak cukup baru guna personal medical backup plan. So aku sayang nak guna limit dalam PruBSN Takaful tu. Sebab itu jangkamasa panjang punya personal medical coverage. Tua2 nanti tak tahu apa sakit lagi nak cover

A : Alhamdulillah bro. Good planning




Syukur dapat bantu sahabat sendiri dalam perancangan kewangannya. Claim dah approved dan dah masuk akaunnya. Jangan terlalu bergantung kepada apa yang company sediakan. Mungkin cukup dan mungkin juga tak cukup.

Cost rawatan sekarang bukan murah-murah. Itu baru operation sinus. Belum yang betul2 serius dan makan belanja besar...

Fikir-fikirkanlah...

TQ bro (namanya dirahsiakan) atas kepercayaan kamu.
Kepada yang nak buat backup plan tu, bileh roger saya 0134281217

Monday, 20 November 2017

SAHAM AKHIRAT

Jom pilih HIBAH sebagai salah satu 'tools' untuk saham akhirat

Ganjarannya tidak terhitung...





#hibahtakaful #sedekah #hadiah

Sunday, 19 November 2017

OUR NEW PRODUCT : PRUruBSN ANUGERAH

Newly launched from PruBSN Takaful!!!

Memperkenalkan PruBSN Anugerah.

Klik promo link ini >>>> Official video for PruBSN Anugerah









Satu plan untuk memenuhi keperluan anda. Antara kelebihan plan ini :

1. Kos Immunisasi Haji sehingga RM300
2. NO Lifetime Limit
3. Additional 100%  annual limit sekiranya diagnos dengan sakit jantung, kanser atau kegagalan buah pinggang
4. Annual Income sekiranya diagnos dengan sakit kritikal atau lumpuh kekal.
5. Elaun harian hospital kerajaan.

Kami faham anda nak sangat sangat medical card Prudential BSN Takaful tapi dengan harga yang AFFORDABLE. Kami mendengar dan kami kini ada medical card mampu anda miliki.

Anda tidak perlu lagi risau dengan harga. Anda hanya perlu risau untuk sign up secepat mungkin sebelum sakit datang menjengah dan pilihlah agent yang boleh bagi HIGH COMMITMENT!

Wednesday, 1 November 2017

PENGHARGAAN DARIPADA CLIENT

Alhamdulillah. Hari ni ada client yang dah terima bungkusan DIARY & CALENDER yang saya poskan secara rahsia. Sebagai kejutan. Sengaja saya tak beritahu....

Nah, inilah feedback beliau...

Alhamdulillah.

Sejujurnya saya sangat terharu. Walaupun saya tak minta benda ni semua tapi ia sangat bermakna sebagai penguat semangat untuk terus memberikan khidmat yang terbaik buat semua pelanggan saya

Terima kasih


PUSH YOUR LIMITS!!!

Push Your Limit!

Never Give Up!

Kerja keras pelajar ini untuk capai kemenangan sangat menakjubkan! 


Saksikan video ini    >>> PUSH YOUR LIMITS

CLIENTS APPRECIATION SESSION

Thank you so much my dearest clients!!!! Very supporting positive attitudes. A small token from me as a gift. Salah satu cara saya untuk menghargai mereka semua. Walaupun tak seberapa hadiahnya. Hope you all like it.

Ini baru sebahagian sahaja client-client dan prospek yang sempat saya jumpa. Masih ada yang belum terima sebab sesi jelajah belum berakhir. Wajah-wajah inilah antara yang sentiasa menyokong saya dan memberikan semangat buat saya untuk terus berjuang dalam bisnes takaful.

Terima kasih atas kepercayaan korang semua. In shaa Allah, ukhuwah akan terus terjalin dan berkekalan selamanya. Aamiin



Friday, 20 October 2017

SURPRISES @ KEJUTAN

Jangan bebankan pemikiran waris (kalau ESOK kita dah takde)...
Sedangkan SEKARANG ni kita mampu buat keputusan yang terbaik.

SPARE BUTTON


Baju pun ada spare button untuk backup kalau ada mana2 butang tertanggal kat baju. Tapi ada adakah ia wajib ada utk setiap baju? Tak semestinya.

Apa tujuannya

Ia lebih kepada MEMUDAHKAN pemilik baju tersebut untuk gantikan butang yang hilang. Sama la jugak dengan backup kewangan yang patut ada pada setiap orang

Untuk apa?

Ia lebih kepada sebagai backup kalau ada musibah atau ujian yang menimpa. Sama ada kematian, lumpuh kekal, kemalangan, sakit kritikal atau sakit2 yang perlu masuk wad dan akhir sekali untuk simpanan hari tua atau pembelajaran anak

Tapi, wajibkah setiap orang ada backup kewangan?...tak semestinya....

Sebab?

Ia lebih kepada memberi KEMUDAHAN DAN PILIHAN kepada kita sekiranya ditimpa musibah atau ujian

Kalau anda nakkan kemudahan tu, kena la invest sedikit duit yang anda ada untuk dapatkannya. Bukan utk orang lain.... Untuk anda dan keluarga yang anda sayang juga..

Backup kewangan kita, tanggungjawab kita

BEBAN KEWANGAN APABILA MENGHIDAP SAKIT KRITIKAL

Apabila berlaku sakit kritikal, seseorang itu akan dibelenggu dengan beban kewangan.

Tapi harus juga diingat. Beban itu bukan hanya dipikul oleh orang yang sakit sahaja. Malahan bakal melibatkan orang tersayang paling dekat dengannya...

                                                      Yang bujang : mak, ayah

Yang berkeluarga : isteri, mak, ayah
Yang pencen : isteri, anak, mak, ayah



\
Ingat.

Semua orang sayangkan kita. Dan semua orang sanggup berkorban untuk kita. Tapi wajarkah kita balas kasih sayang mereka itu dengan beban kewangan ni semua?

MONOLOG SEORANG BALU

KENAPA HIBAH DAN WASIAT PENTING???
------------------------------------------
MONOLOG SEORANG BALU


Abang,
Alhamdulillah, urusan pengebumian abang berjalan lancar. Along masih sedih sebab abang sudah tiada lagi. Adik pula hanya tertanya tanya kenapa abang tido dalam tanah. Saya hanya tersenyum sambil beritahu " Ayah rehat sayang, ayah nak jalan jauh"

Abang,
Saya ke bank untuk keluarkan duit untuk belanja, tapi bank kata akaun abang kene beku. Saya tak tahu kenapa,tapi takpe simpanan saya ada sikit

Abang,
Duit Kwsp abang akan diuruskan oleh mak abang sekeluarga, jadi kene tunggu proses faraid mungkin dalam masa 6 bulan. Dapatla sikit untuk belanja makan saya dan anak anaK

Abang,
Tadi ada kawan abang datang rumah, katanya ada hutang lama. Saya bayarkan dulu guna simpanan saya. Takpe abang jangan risau, saya taknak abang pergi tersiksa.

Abang,
Parents abang sekeluarga datang, katanya nak bincang tentang faraid. Rupanya mereka ada hak bahagian. Rumah kita ini mungkin perlu dijual untuk urusan pembahagian. Takpe abang jangan risau,kami duduk rumah parents saya.

Abang,
Kereta kita bank da tarik sebab saya tak mampu bayar bulanan. Simpanan yang ada hanya untuk belanja harian saya dan anak anak. Takpe abang jangan risau,nanti saya cari kerja lagipun teksi kan ada.

Abang,
Saya mohon agar saya kuat macam abang, dulu abang selalu kata " takpe jangan risau, nanti abang uruskan". Kalaulah abang masih ada lagi....

# credit to Adib Prudential

Thursday, 19 October 2017

JASA AYAH & IBU


Macam Mana Caranya Yang Paling Mudah???

Buatkanlah Hibah Rm 350,000 Utk Mereka Serendah RM 100 Sebulan. 

Ajal Maut Semua Di Tangan Tuhan. Mungkin Ayah Atau Ibu Kita Pergi Dahulu. Tak Mustahil Juga Mungkin Kita (anak) Yang Pergi Dulu.

Betul....

Wang Ringgit Tidak Dapat Menggantikan Kehilangan Nyawa. Tetapi At Least Sekiranya Kita Pergi Dahulu, Kita Dapat Membayar Balik Kos Mereka Membesarkan Kita Since Kita Dalam Kandungan & Tidak Menyusahkan Mereka Utk MelangsaikanSegala Hutang Yang Kita Tinggalkan


Call/Whatsapp untuk sesi ngeteh serta penerangan lanjut

Shahril Rizal Razali

ALL ABOUT LEADERSHIP

All about Leaderships, Trust Culture and Organization Preferred Culture.



Klik link di bawah


Internalize the story and convert it to behavior.

Monday, 2 October 2017

SEMAKAN POLISI

Mohon semak existing policy anda. Kalau start ambik policy 10 tahun dulu, adakah masih releven jumlah perlindungan dengan gaya hidup anda sekarang?

ESOK?

Kita takkan tahu apa akan jadi ESOK hari


So bersiap sedialah dengan sebarang kemungkinan. Sediakan INCOME REPLACEMENT.

Supaya INSAN TERSAYANG (isteri/suami/anak/mak/ayah/adik-beradik) yang bakal menjaga ketika itu nanti dapat menjaga anda dalam keadaan ANDA ADA KECAIRAN KEWANGAN!

Dan BUKANNYA mereka yang terpaksa menjaga anda dengan bergantung harap kepada duit mereka...

ANAK ANGKAT

Anak Angkat tidak ada bahagian dalam pembahagian harta pusaka.

Hibah adalah caranya. Buat dokumen hibah...

Banyak company2 yg sediakan perkhidmatan penyediaan dokumen hibah seperti
ARB, Wasiyyah Shoppe etc...

Namun ada cara yg mudah... Mudah je dgn Hibah Takaful. Nak tinggalkan wang untuk keluarga? Mudah je dgn Hibah Takaful....

SILA BELAJAR DARIPADA ORANG LAIN

Something to ponder... Ini suatu kenyataan yang akan dirasakan kesahihan dan kebenarannya bila dah terjadi. Sila belajar daripada pengalaman orang lain



Sekian

Wednesday, 16 August 2017

Terlalu Awal Sangat tu...Fahamkan Dulu...

Jangan terlalu awal tanya saya berapa kena bayar sebulan kalau nak apply takaful.

Lebih afdhal saya terangkan dulu apa benefit yang korang boleh dapat, ambik tahu apa yang saya tawarkan dan apa kelebihan kalau ambil manfaat yang betul-betul lengkap. Biar betul-betul faham baru ambil. Sebab tu saya share ilmu dulu untuk kefahaman.

Sama juga macam nak masak tomyam. Nak hasilkan tomyam yang sedap, kena tahu segala bahan yang perlu ada. Kenapa kena ada serai, kenapa kena ada asam limau dan apa pentingnya daun limau purut. Tak cukup satu, mesti rasa kurang ummphh!



Kalau kat restoran, mahal macam mana pun tomyam tu tapi kalau dah sedap, harga tolak tepi. Yang penting sedap dan sanggup datang lagi...


Jangan Tangguh...Nanti Kena Tunggu...

Siang tadi jumpa bakal client di PWTC untuk sign surat wakil kuasa. Nak mohon laporan perubatan melalui saya sebab client tak free hari ni.

So lepas sign terus bergegas ke Institut Perubatan Respiratori Kuala Lumpur.


Institut Perubatan Respiratori

  Hospital Kuala Lumpur, 

  Jalan Pahang

  50586 Kuala Lumpur
  WP Kuala Lumpur

  Tel: 03-40232966
  Faks: 03-40218807
  Emel: ipr@moh.gov.my



Apa yang Institut ni offer rawatan kepada pesakit?
Institut ni Institut untuk apa?
ok saya jelaskan kat bawah ni...

INSTITUT PERUBATAN RESPIRATORI (IPR) adalah sebuah hospital di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang memberi perkhidmatan Kepakaran Perubatan Respiratori. Ianya terletak di Jalan Pahang, Kuala Lumpur. Sejarah institut ini bermula pada tahun 1958 di mana ia dikenali sebagai Klinik Tibi Jalan Pahang. Pada tahun 1961, klinik ini telah bertukar nama kepada Pusat Tibi Negara (PTN) bersesuaian dengan dasar Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengatasi masalah penyakit tibi. Dengan perluasan skop perkhidmatan respiratori yang diberikan, nama PTN telah ditukarkan kepada IPR pada tahun 1996. Ianya menawarkan perkhidmatan rawatan kepakaran dan nasihat kepada pesakit respiratori serta menyediakan latihan kepakaran dalam disiplin ini.

IPR menawarkan perkhidmatan seperti diagnostik pernafasan bronkoskopi, makmal tidur , makmal fungsi paru-paru yang lengkap dan makmal batuk kering. Satu lagi pencapaian IPR adalah menjalinkan kerjasama dengan Institut Jantung Negara untuk memulakan Program Pemindahan Paru-Paru. Perkhidmatan sokongan lain yang disediakan adalah fisioterapi, terapi pekerjaan, dan pemulihan pulmonari , klinik sosial dan perubatan TB. IPR juga merupakan pusat latihan pasca siswazah bagi perubatan pernafasan , di sini juga kerap dianjurkan kursus Tuberculosis dan Respiratory Disease Update. Untuk melengkapkan lagi perkhidmatan yang disediakan oleh IPR ,baru-baru ini memperkenalkan semula Pengurusan Kanser Paru-Paru dengan menggunakan ubat kemoterapi, Bilik Penamaan Semula dan Pusat Penjagaan Ambulatori yang ditempatkan di semua perkhidmatan diagnostik.

Sumber : Introduction - Respiratory Medicine (www.hkl.gov.my)

Memandangkan bakal client saya ni pernah ada history menghidap tubercolosis, makanya laporan perubatan perlu dikemukakan. Dia pernah warded untuk pembedahan pada 2015. Pengesahan daripada doktor yang membuat rawatan susulan ke atasnya bahawa dia bebas daripada mempunyai sel-sel tubercolosis...

Pegawai Unit Rekod menyatakan bahawa dalam masa 14 hari waktu berkerja laporan akan siap. Standard tu. Polisi Hospital Kerajaan. Nak buat macam mana. We have to follow the system & procedure. So kita tunggulah...

Nasihat saya :

Bagi yang masih sihat, segeralah mohon. Jangan ditangguh. Sekali sakit menyinggah, bermakna dah ada sejarah sakit. Semua tu nanti kena declare dan jika perlu kena ada laporan perubatan...

Perlu ingat ya. Lebih lama menunggu, lebih lama Tempoh Menunggu dapat selesai. Tahu tak apa tu?


So kalau tanya saya, bila waktu sebetulnya nak apply Takaful?

Jawapan saya :
Waktu yang betul-betul sesuai 120 hari (4 bulan yang lepas)
Waktu kedua yang sesuai adalah SEKARANG!!!!

Lulus atau tak sesuatu permohonan bukan kerja saya. Saya cuma bantu korang dapatkan takaful. Selebihnya di pihak syarikat yang akan menentukan status kelayakan...

Jadi jangan tangguh, tangguh, tangguh...
Nanti kena tunggu, tunggu, tunggu...
Sampai bila saya pun tak tahu...
Berdoalah agar masih ada peluang...


Kebenaran Yang Pasti...

Saya Ejen Takaful


Arwah ayah saya adalah salah seorang client saya


 Client pertama dapat sakit kritikal : Ayah Saya Sendiri (Kanser Usus)


 Client pertama guna limit medical card cecah RM50k : Ayah Saya sendiri

 Client pertama dapat Cek Pampasan Kematian : Ayah Saya Sendiri 
(serah kepada waris)

Yang masih ragu-ragu tapi hati kata mahu,
Meh kita sit down,
Saya boleh tunjuk satu-satu bukti...

One to One Eye Witness...



Shahril Rizal Razali


Monday, 14 August 2017

KERETA PERTAMA : KERETA BARU ATAU TERPAKAI?



Apabila seseorang mula mendapat pekerjaan, kereta menjadi satu keperluan dalam hidup untuk memudahkan individu tersebut bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Perkara pertama yang perlu difikirkan adalah sama ada mahu beli kereta baru atau kereta terpakai.


Ramai yang mahu beli kereta baru kerana kos pemulihan dari kerosakan yang rendah kerana masih lagi mempunyai warranty. Namun, kereta terpakai juga kurang kos pemulihan jika anda pandai untuk memilihnya. Kereta baru biasanya lebih mahal berbanding kereta terpakai dan ini menyebabkan komitmen setiap bulan anda sangat tinggi.

Sebelum buat keputusan untuk pilih kereta baru atau kereta terpakai, semak dahulu beberapa faktor di bawah :

Kemampuan kewangan

Sebelum beli kereta, semak dahulu kemampuan kewangan anda termasuk bayaran ansuran dan kos lain yang perlu dibayar setiap bulan. Buat kira-kira berkenaan jumlah harga kereta yang anda layak berdasarkan gaji anda.

Jumlah ansuran terbaik dan selamat untuk anda beli adalah dengan kadar 20% dari gaji bersih anda. Jika gaji anda adalah RM3,000, beli kereta dengan bayaran ansuran RM600 ke bawah.

Kenapa hanya RM600 sahaja? Kerana anda juga perlu buat bayaran terhadap kos-kos lain seperti:
- Insuran
- Cukai jalan
- Petrol
- penyelenggaraan dan servis
- tol, tempat letak kereta dan lain-lain lagi.

Secara kasarnya, jumlah kos yang perlu anda bayar adalah dua kali ganda dari bayaran ansuran anda setiap bulan. Jika ansuran anda adalah RM600 sebulan, kos sebenar yang anda perlu keluarkan adalah RM1,200 sebulan.


Oleh itu, jika anda mampu untuk beli kereta baru dengan kos pemilikan RM1,200 sebulan, anda boleh beli kereta baru tersebut. Namun, jika jumlah tersebut terlalu besar, anda perlu memikirkan untuk mengambil kereta terpakai yang lebih murah.

Keperluan penggunaan

Apakah keperluan kereta tersebut untuk anda?
Berapa kali anda guna kereta tersebut dalam masa sebulan?
Adakah anda perlu gunakan untuk jarak yang jauh?

Soalan di atas merupakan beberapa soalan yang perlu anda jawab sebelum membuat pilihan membeli kereta baru atau terpakai.

Pertama, jika pekerjaan anda memang memerlukan anda sentiasa bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain, ini bermakna anda memang memerlukan kereta tersebut.

Kedua, jika anda menggunakan kenderaan tersebut hampir setiap hari, kereta baru adalah pilihan yang tepat kerana anda tidak perlu risau berkenaan keadaan kereta tersebut. Jika anda menggunakan kereta tersebut pada hujung minggu, kereta terpakai lebih baik.

Ketiga, jika jarak rumah dan pejabat anda adalah jauh, kereta baru juga adalah pilihan yang baik. Selain itu, jika anda juga kerap pulang ke kampung halaman dengan jarak yang jauh seperti dari Kuala Lumpur ke Kelantan, kereta baru lebih selamat.

Tip sebelum anda beli kereta


  • Pastikan anda membuat perbandingan berkenaan harga yang anda layak beli.
  • Pastikan anda mempunyai bayaran pendahuluan yang cukup bagi mengurangkan bayaran ansuran anda
  • Mohon pinjaman dari beberapa buah bank untuk dapatkan tawaran pinjaman yang terbaik
  • Sediakan simpanan kecemasan 
  • Jika mahu beli kereta terpakai, dapatkan nasihat dari kenalan mekanik yang dipercayai.
Sumber : Nasihat Kewangan