Showing posts with label #Medical Card. Show all posts
Showing posts with label #Medical Card. Show all posts

Monday, 24 August 2020

LACI

 

Jika ANDA YAKIN salah satu laci ini mampu anda harapkan suatu hari nanti, silakan. Sememangnya personal medical card BUKAN pilihan anda.

TETAPI, jika ANDA YAKIN bukan setiap masa laci ini akan menyebelahi anda, ayuh mulakan langkah pertama dengan tekan link di bawah.
Saya tunjukkan anda satu lagi laci...😊
Ingat, teman ketawa senang di cari...teman menangis adakah yang sudi???

Wednesday, 19 August 2020

REAL ACTUAL CLAIMS

Nak tahu berapa cost treatment?

Asyik dengar #AbgLong promo medical dan hibah aje kan

Jom singgah page #AbgLong :

Boleh tengok actual client #AbgLong yang dah pernah terima rawatan di hospital swasta, pay & claim process serta jumlah bil rawatan yang PruBSN dah cover. Pampasan Hibah juga ada satu kes.

Semoga bermanfaat. Jom singgah!

Jangan lupa like sekali ye tanda sokongan. TQVM!!!

Tuesday, 18 August 2020

TQ MY FRIEND FOR YOUR TRUST

Terima kasih sahabat atas kepercayaan yang diberi 5 tahun dahulu.

Tahun 2015 saat #abglong mula bertapak dalam industri takaful, beliau bantu support dengan sign up medical card buat isterinya yang tercinta. (Medical Card dengan pilihan Ko-Takaful)

Tanpa tahu bila entah nak gunakan medical card ni, beliau tetap sign. Persediaan katanya. Tapi beliau percaya saya sebagai sahabat mampu jaga amanah ini dan suatu hari nanti, pasti takaful dapat membantu.
Ahad lepas, isteri beliau telah dimasukkan ke Avisena Hospital disebabkan oleh 'Specified Intervertebral Disc Disorder'. Alhamdulillah rawatan dah selesai dan dah boleh discharge petang tadi. Total kos rawatan kali ini pula berjumlah RM29,123.15
Selepas ini akan ada rawatan susulan dan sesi fisioterapi. Dalam tempoh 90 hari selepas discharged, kesemua kos tersebut boleh claim semula dengan PruBSN Takaful.
Sejujurnya #abglong sangat happy.
Happy sebab dapat bantu sahabat sendiri. Dapat perkhidmatan yang baik, cepat dan paling penting beliau tak perlu habiskan berpuluh ribu duit tabung sendiri untuk dapatkan rawatan daripada pakar. Semuanya orang lain yang tolong bayarkan.
Ya. Terima kasih buat semua peserta PruBSN Takaful atas sumbangan anda. In shaa Allah hari ini hari sahabat #abglong. Kemudian nanti mungkin masa anda pula kami semua bantu.
Bagi yang terniat nak sediakan personal medical card, boleh roger #abglong. Kita bincang apa yang terbaik untuk anda.

Monday, 17 August 2020

PENAMAAN @ NOMINATION


Demi menjamin kesejahteraan keluarga dan orang tersayang anda, pastikan anda membuat penamaan untuk sijil Takaful anda

Ketahui lebih lanjut tentang penamaan dan bagaimana untuk melakukan penamaan melalui artikel ini. Klik di bawah untuk membaca artikel.
Atau PM saya untuk maklumat lanjut

Wednesday, 16 August 2017

Jangan Tangguh...Nanti Kena Tunggu...

Siang tadi jumpa bakal client di PWTC untuk sign surat wakil kuasa. Nak mohon laporan perubatan melalui saya sebab client tak free hari ni.

So lepas sign terus bergegas ke Institut Perubatan Respiratori Kuala Lumpur.


Institut Perubatan Respiratori

  Hospital Kuala Lumpur, 

  Jalan Pahang

  50586 Kuala Lumpur
  WP Kuala Lumpur

  Tel: 03-40232966
  Faks: 03-40218807
  Emel: ipr@moh.gov.my



Apa yang Institut ni offer rawatan kepada pesakit?
Institut ni Institut untuk apa?
ok saya jelaskan kat bawah ni...

INSTITUT PERUBATAN RESPIRATORI (IPR) adalah sebuah hospital di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang memberi perkhidmatan Kepakaran Perubatan Respiratori. Ianya terletak di Jalan Pahang, Kuala Lumpur. Sejarah institut ini bermula pada tahun 1958 di mana ia dikenali sebagai Klinik Tibi Jalan Pahang. Pada tahun 1961, klinik ini telah bertukar nama kepada Pusat Tibi Negara (PTN) bersesuaian dengan dasar Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengatasi masalah penyakit tibi. Dengan perluasan skop perkhidmatan respiratori yang diberikan, nama PTN telah ditukarkan kepada IPR pada tahun 1996. Ianya menawarkan perkhidmatan rawatan kepakaran dan nasihat kepada pesakit respiratori serta menyediakan latihan kepakaran dalam disiplin ini.

IPR menawarkan perkhidmatan seperti diagnostik pernafasan bronkoskopi, makmal tidur , makmal fungsi paru-paru yang lengkap dan makmal batuk kering. Satu lagi pencapaian IPR adalah menjalinkan kerjasama dengan Institut Jantung Negara untuk memulakan Program Pemindahan Paru-Paru. Perkhidmatan sokongan lain yang disediakan adalah fisioterapi, terapi pekerjaan, dan pemulihan pulmonari , klinik sosial dan perubatan TB. IPR juga merupakan pusat latihan pasca siswazah bagi perubatan pernafasan , di sini juga kerap dianjurkan kursus Tuberculosis dan Respiratory Disease Update. Untuk melengkapkan lagi perkhidmatan yang disediakan oleh IPR ,baru-baru ini memperkenalkan semula Pengurusan Kanser Paru-Paru dengan menggunakan ubat kemoterapi, Bilik Penamaan Semula dan Pusat Penjagaan Ambulatori yang ditempatkan di semua perkhidmatan diagnostik.

Sumber : Introduction - Respiratory Medicine (www.hkl.gov.my)

Memandangkan bakal client saya ni pernah ada history menghidap tubercolosis, makanya laporan perubatan perlu dikemukakan. Dia pernah warded untuk pembedahan pada 2015. Pengesahan daripada doktor yang membuat rawatan susulan ke atasnya bahawa dia bebas daripada mempunyai sel-sel tubercolosis...

Pegawai Unit Rekod menyatakan bahawa dalam masa 14 hari waktu berkerja laporan akan siap. Standard tu. Polisi Hospital Kerajaan. Nak buat macam mana. We have to follow the system & procedure. So kita tunggulah...

Nasihat saya :

Bagi yang masih sihat, segeralah mohon. Jangan ditangguh. Sekali sakit menyinggah, bermakna dah ada sejarah sakit. Semua tu nanti kena declare dan jika perlu kena ada laporan perubatan...

Perlu ingat ya. Lebih lama menunggu, lebih lama Tempoh Menunggu dapat selesai. Tahu tak apa tu?


So kalau tanya saya, bila waktu sebetulnya nak apply Takaful?

Jawapan saya :
Waktu yang betul-betul sesuai 120 hari (4 bulan yang lepas)
Waktu kedua yang sesuai adalah SEKARANG!!!!

Lulus atau tak sesuatu permohonan bukan kerja saya. Saya cuma bantu korang dapatkan takaful. Selebihnya di pihak syarikat yang akan menentukan status kelayakan...

Jadi jangan tangguh, tangguh, tangguh...
Nanti kena tunggu, tunggu, tunggu...
Sampai bila saya pun tak tahu...
Berdoalah agar masih ada peluang...


Kebenaran Yang Pasti...

Saya Ejen Takaful


Arwah ayah saya adalah salah seorang client saya


 Client pertama dapat sakit kritikal : Ayah Saya Sendiri (Kanser Usus)


 Client pertama guna limit medical card cecah RM50k : Ayah Saya sendiri

 Client pertama dapat Cek Pampasan Kematian : Ayah Saya Sendiri 
(serah kepada waris)

Yang masih ragu-ragu tapi hati kata mahu,
Meh kita sit down,
Saya boleh tunjuk satu-satu bukti...

One to One Eye Witness...



Shahril Rizal Razali


Thursday, 6 July 2017

Expenses, Savings & Emergency Fund : Apa Perkaitannya?



Setiap bulan korang akan dapat gaji atau sumber pendapatan. Cucuk duit depan mesin ATM, senyum tengok gaji dah masuk ada empat lima angka.

So korang buat apa dengan gaji tu?
Ke mana duit-duit gaji tu dialamatkan?
Ke mana hala tuju duit korang?

EXPENSES

Sebahagian besar gaji korang akan habis untuk Expenses@komitmen bulananSetuju?
Contoh Expenses ni adalah kereta, petrol, tol, rumah, bil, belanja barang dapur & belanja sekolah anak.


SAVINGS & EMERGENCY FUND

Sebahagian lagi adalah untuk Savings & Emergency Fund (ini pun kalau korang tak terrrrover spend gaji tu).




Savings tu duit yang korang simpan. Duit lebihan setelah ditolak dengan perbelanjaan atau Expenses. Dengan tujuan untuk simpanan hari tua, kahwin ataupun travel.


Emergency Fund ni pulak khusus untuk perkara kecemasan seperti kereta accident, kereta rosak, beg kena ragut, phone damage dan lain-lain.

So, kedua-dua perkara ini adalah berbeza. Masing-masing ada keperluannya sendiri. Jangan disatukan. Kebanyakan daripada kita akan selalu campurkan sekali dua-dua benda ni dan kesannya nanti apabila kita salah guna portionnya. Akan sampai satu masa ia boleh jadi zero.

Cuma korang tak cukup satu aje lagi...
INCOME REPLACEMENT (PELAN PENGGANTIAN GAJI)

Jadikan INCOME REPLACEMENT sebagai back-up plan. Yang penting kena secure dan protect sumber korang dulu. Barulah asas-asas yang lain mampu bergerak dan bertahan.

Sebab apa?
Sebab kesemua Expenses, Savings & Emergency Fund tu datang dari satu sumber yang sama iaitu pendapatan (Income/Gaji).

Takde gaji, tak boleh bayar Expenses.
Takde gaji, takdelah Savings.
Takde gaji, takdelah Emergency Fund.

Apa sebab takde gaji?
Bila datangnya RISIKO sakit, lumpuh atau meninggal dunia. Tak siapa tahu apa akan jadi esok hari. Waktu tu nanti, besar kemungkinan semua Expenses tak mampu bayar dan akan jadi hutang. Savings & Emergency Fund pulak kena korek habis untuk support ketiadaan gaji. 



Kalau sekarang pun korang rasa macam stress nak gila bila gaji masuk lambat, bayangkan kalau memang gaji takde langsung...

Lebih memburukkan keadaan kalau ketika itu korang dah hilang kemampuan untuk berkerja dan terlantar sakit...




Mana nak cari sumber pendapatan lagi?

SHAHRIL RIZAL RAZALI
0134281217
#takafulawareness
#incomereplacement
#hibahtakaful
#warisan



Saturday, 6 May 2017

Tahukah Anda?



Takaful adalah sebahagian dari Financial Planning.

Kita akui senantiasa sibuk menambah dan mencari harta, tapi pada masa yang sama jangan lupa utk "protect" harta benda kita.

Tiada siapa tahu bila musibah akan berlaku,

Jadi adalah lebih bijak jika memulakan protection dengan TAKAFUL.

Pastikan TAKAFUL ada di dalam budget bulanan anda.

Hanya peruntukan 10% sahaja dari pendapatan bulanan.

Ianya pasti akan membantu anda suatu hari nanti....


Friday, 28 April 2017

1st Appointment di Gleneagles Hospital


DISEMBER 2016

Pengesahan Daripada Doktor Pakar

"Selama 70 tahun ni, abah tak pernah sakit teruk. Allah beri kenikmatan sihat tubuh badan. Abah bersyukur. Sekarang ni abah redha dengan semua ujian yang Allah beri di saat abah dah dihujung usia"

Itulah luahan ayah sewaktu 1st appointment dengan doktor di Gleneagles Hospital.

Ayah saya sangat tenang bila dikhabarkan menghidap Kanser Usus Stage 4. Hebat ayah saya ni. Mungkin ayah dah bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan. Sedangkan kami adik beradik tergamam, sebak. 'Speechless'. Terasa kosong sekejap fikiran ni.

Ya. Stage 4. CONFIRMED. Dan perlu dilakukan operation dengan segera memandangkan tumor kanser itu dah block saluran usus.

"Pakcik, saya sarankan pakcik buat rawatan dan pembedahan di hospital kerajaan yang mana kosnya jauh lebih murah berbanding di sini. Tapi kalau pakcik nak teruskan, kosnya dalam lingkungan RM50,000 ke RM60,000. Saya risau pakcik terbeban dengan kos mahal"...kata doktor.

Pada pendapat saya, doktor ni bagus dan ada sense of humanity. Peka dengan condition isi poket pesakit. Dan doktor juga dah bagi pilihan untuk kami. Terbaikkk!

Doktor telah sarankan untuk ke Hospital Selayang atau Hospital HUKM ataupun Institut kanser Negara (IKN) Putrajaya untuk jalani pembedahan. Semua ada pakar yang bagus-bagus.

Ayah terdiam sekejap. Sebab ayah tak pasti mana satu pilihannya yang terbaik.

Ahli Keluarga Kena Duduk Berbincang

Sebelum ni saya pernah cuba dapatkan feedback berkenaan kanser ini terlebih dahulu based on experience kawan-kawan kami. Juga maklumat di internet. Kami cari terlebih dahulu apa chances yang ada dan pilihan akan dibuat berdasarkan pada keadaan. Terlalu banyak faktor kena ambik kira sebelum buat keputusan.

Antara faktor yang mempengaruhi adalah :

- Siapa nak jaga? Saya atau Kakak atau Adik?
- Komitmen dengan keluarga saya macam mana?
- Komitmen kerja saya pula macam mana?
- Macam mana nanti keadaan di hospital sana?
- Hospital swasta terdekat dah ada. Cuma belum tahu kosnya...Dan kalau pergi pun untuk investigation memang kena bayar dulu dan claim kemudian.

Macam-macam soalan yang keluar. Masa tetap berjalan. Ayah sedang sakit. Seolah-olah kami sedang berlari seiring dengan masa. Di saat macam ni, kami perlu ambil langkah yang terbaik. Untuk memudahkan semua pihak.

Memandangkan adik saya kini sudah tidak lagi tinggal dengan ayah dan telah berpindah kerja di Ipoh, Perak sudah tentu sukar bagi dia untuk berulang alik, terpaksa ambil cuti dan tinggalkan keluarganya di sana.

Kakak saya pula di Kajang, dan baru sahaja menimang cahaya mata. Lagi banyak komitmen. Dan dia pula perempuan...

Dan saya pula berkerja sendiri sebagai agent perunding takaful dan tinggal di Kuala Lumpur dengan jarak rumah ke Gleneagles Hospital cuma 1.5km sahaja.

Saya mahu keputusan yang di buat nanti, ayah senang dan semua pihak juga senang. Tidak merumitkan keadaan dan memeningkan kepala.

Masa Untuk Buat Decision

Setelah berfikir panjang, maka saya buat keputusan yang mana tanggungjawab ini akan saya galas. Saya akan bawa ayah tinggal bersama dengan saya. Kami setuju untuk proceed terus pembedahan di Gleneagles Hospital dengan menggunakan coverage benefit medical card milik ayah saya. Kesemua kos rawatan dan pembedahan adalah dalam range limit yang layak untuk digunakan.

Kami tak jadi pilih hospital-hospital yang doktor telah sarankan sebelum ini. Sebabnya jarak lokasi yang agak jauh dari rumah, perlu harungi kesesakan jalanraya dan sebagainya. Saya tak nak abiskan masa atas jalanraya. Bagi saya, ayah perlukan saya saat ini. Dan 'MASA' itu amat penting bagi kami berdua.

Setelah mendengar keputusan daripada kami, doktor terus booking bilik bedah dan setkan tarikh pembedahan. Segala borang-borang berkaitan telah diisi dan diserahkan kepada PruBSN Takaful untuk permohonan GL. Alhamdulillah. Lulus...

Ayah ada Medical Card?

Ya. Ayah saya ada Medical Card PruBSN Takaful !!!

Setahun yang lalu ayah saya dah sign-up...Dan sayalah Agentnya...
Rujuk >>> Kami Nak Ayah Dapat Yang Terbaik

Secara jujurnya pada waktu ini, terasa sangat bertuah memiliki medical card. Satu perancangan sebagai back-up plan untuk ayah survive sepanjang tempoh retirement. Saya tak mahu ayah habiskan pencen dan simpanan untuk perubatan.

Saya alami dua perasaan yang berbeza iaitu :

Yang Pertama : Saya selaku anak bersyukur sedikit sebanyak dapat bantu ayah dari segi kewangan. Keputusan yang kami buat setahun yang lepas adalah tepat. Syukur Alhamdulillah. Bayangkan mana nak cari duit sebanyak itu dalam keadaan emergency macam ni? Berbaloi rasanya pelaburan yang dibuat.

Yang Kedua : Saya sebagai seorang agent Takaful dapat merasakan bahawa client saya mendapat kelegaan yang amat besar nilainya. Saya turut berbangga dapat mewakili agensi saya dan syarikat PruBSN Takaful Berhad tempat saya bernaung memegang amanah menyebarkan kesedaran Takaful kepada orang ramai.

In shaa Allah dari masa ke semasa saya akan update situasi ayah saya, bagaimana saya dan ayah handle segala macam cabaran baru dan bagaimana kami lalui setiap detik perubahan itu dari segi mental serta emosi.

>>> Kembali ke : My Father Is A Cancer Fighter