Friday, 28 April 2017

1st Appointment di Gleneagles Hospital


DISEMBER 2016

Pengesahan Daripada Doktor Pakar

"Selama 70 tahun ni, abah tak pernah sakit teruk. Allah beri kenikmatan sihat tubuh badan. Abah bersyukur. Sekarang ni abah redha dengan semua ujian yang Allah beri di saat abah dah dihujung usia"

Itulah luahan ayah sewaktu 1st appointment dengan doktor di Gleneagles Hospital.

Ayah saya sangat tenang bila dikhabarkan menghidap Kanser Usus Stage 4. Hebat ayah saya ni. Mungkin ayah dah bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan. Sedangkan kami adik beradik tergamam, sebak. 'Speechless'. Terasa kosong sekejap fikiran ni.

Ya. Stage 4. CONFIRMED. Dan perlu dilakukan operation dengan segera memandangkan tumor kanser itu dah block saluran usus.

"Pakcik, saya sarankan pakcik buat rawatan dan pembedahan di hospital kerajaan yang mana kosnya jauh lebih murah berbanding di sini. Tapi kalau pakcik nak teruskan, kosnya dalam lingkungan RM50,000 ke RM60,000. Saya risau pakcik terbeban dengan kos mahal"...kata doktor.

Pada pendapat saya, doktor ni bagus dan ada sense of humanity. Peka dengan condition isi poket pesakit. Dan doktor juga dah bagi pilihan untuk kami. Terbaikkk!

Doktor telah sarankan untuk ke Hospital Selayang atau Hospital HUKM ataupun Institut kanser Negara (IKN) Putrajaya untuk jalani pembedahan. Semua ada pakar yang bagus-bagus.

Ayah terdiam sekejap. Sebab ayah tak pasti mana satu pilihannya yang terbaik.

Ahli Keluarga Kena Duduk Berbincang

Sebelum ni saya pernah cuba dapatkan feedback berkenaan kanser ini terlebih dahulu based on experience kawan-kawan kami. Juga maklumat di internet. Kami cari terlebih dahulu apa chances yang ada dan pilihan akan dibuat berdasarkan pada keadaan. Terlalu banyak faktor kena ambik kira sebelum buat keputusan.

Antara faktor yang mempengaruhi adalah :

- Siapa nak jaga? Saya atau Kakak atau Adik?
- Komitmen dengan keluarga saya macam mana?
- Komitmen kerja saya pula macam mana?
- Macam mana nanti keadaan di hospital sana?
- Hospital swasta terdekat dah ada. Cuma belum tahu kosnya...Dan kalau pergi pun untuk investigation memang kena bayar dulu dan claim kemudian.

Macam-macam soalan yang keluar. Masa tetap berjalan. Ayah sedang sakit. Seolah-olah kami sedang berlari seiring dengan masa. Di saat macam ni, kami perlu ambil langkah yang terbaik. Untuk memudahkan semua pihak.

Memandangkan adik saya kini sudah tidak lagi tinggal dengan ayah dan telah berpindah kerja di Ipoh, Perak sudah tentu sukar bagi dia untuk berulang alik, terpaksa ambil cuti dan tinggalkan keluarganya di sana.

Kakak saya pula di Kajang, dan baru sahaja menimang cahaya mata. Lagi banyak komitmen. Dan dia pula perempuan...

Dan saya pula berkerja sendiri sebagai agent perunding takaful dan tinggal di Kuala Lumpur dengan jarak rumah ke Gleneagles Hospital cuma 1.5km sahaja.

Saya mahu keputusan yang di buat nanti, ayah senang dan semua pihak juga senang. Tidak merumitkan keadaan dan memeningkan kepala.

Masa Untuk Buat Decision

Setelah berfikir panjang, maka saya buat keputusan yang mana tanggungjawab ini akan saya galas. Saya akan bawa ayah tinggal bersama dengan saya. Kami setuju untuk proceed terus pembedahan di Gleneagles Hospital dengan menggunakan coverage benefit medical card milik ayah saya. Kesemua kos rawatan dan pembedahan adalah dalam range limit yang layak untuk digunakan.

Kami tak jadi pilih hospital-hospital yang doktor telah sarankan sebelum ini. Sebabnya jarak lokasi yang agak jauh dari rumah, perlu harungi kesesakan jalanraya dan sebagainya. Saya tak nak abiskan masa atas jalanraya. Bagi saya, ayah perlukan saya saat ini. Dan 'MASA' itu amat penting bagi kami berdua.

Setelah mendengar keputusan daripada kami, doktor terus booking bilik bedah dan setkan tarikh pembedahan. Segala borang-borang berkaitan telah diisi dan diserahkan kepada PruBSN Takaful untuk permohonan GL. Alhamdulillah. Lulus...

Ayah ada Medical Card?

Ya. Ayah saya ada Medical Card PruBSN Takaful !!!

Setahun yang lalu ayah saya dah sign-up...Dan sayalah Agentnya...
Rujuk >>> Kami Nak Ayah Dapat Yang Terbaik

Secara jujurnya pada waktu ini, terasa sangat bertuah memiliki medical card. Satu perancangan sebagai back-up plan untuk ayah survive sepanjang tempoh retirement. Saya tak mahu ayah habiskan pencen dan simpanan untuk perubatan.

Saya alami dua perasaan yang berbeza iaitu :

Yang Pertama : Saya selaku anak bersyukur sedikit sebanyak dapat bantu ayah dari segi kewangan. Keputusan yang kami buat setahun yang lepas adalah tepat. Syukur Alhamdulillah. Bayangkan mana nak cari duit sebanyak itu dalam keadaan emergency macam ni? Berbaloi rasanya pelaburan yang dibuat.

Yang Kedua : Saya sebagai seorang agent Takaful dapat merasakan bahawa client saya mendapat kelegaan yang amat besar nilainya. Saya turut berbangga dapat mewakili agensi saya dan syarikat PruBSN Takaful Berhad tempat saya bernaung memegang amanah menyebarkan kesedaran Takaful kepada orang ramai.

In shaa Allah dari masa ke semasa saya akan update situasi ayah saya, bagaimana saya dan ayah handle segala macam cabaran baru dan bagaimana kami lalui setiap detik perubahan itu dari segi mental serta emosi.

>>> Kembali ke : My Father Is A Cancer Fighter


Kami Nak Ayah Dapat Yang Terbaik

DISEMBER 2015

Alhamdulillah di usia 69 tahun ayah saya masih sihat.

Ayah tiada sebarang sakit kronik dan tidak pernah masuk hospital. Walaupun begitu, kami percaya manusia akan berubah mengikut peredaran masa. Semakin meningkat usia kami, semakin tua jugalah ayah kami. 

Niat kami adik-beradik adalah untuk ayah tercinta dapat perkhidmatan hospital yang terbaik dan selesa.

Lalu saya bertindak sebagai anchor. Beri penerangan secukupnya kepada adik-beradik. Apa pro & cons bila ambik medical card untuk orang yang dah berumur. Akhirnya kami semua setuju untuk berkongsi top up sikit2 antara kami bertiga untuk bayar sumbangan ayah kepada PruBSN Takaful. Dan paling best, kami paksa ayah sign-up takaful. Hihi...sebab kuasa majoriti di tangan kami >>> Saya Paksa Ayah Sign-Up Takaful

Biarlah terpaksa keluar duit lebih sikit sekarang daripada kena keluar lebih banyak lagi untuk belanja perubatan yang kita semua tak tahu apa yang bakal menimpa esok hari.

Juga boleh dijadikan hibah takaful untuk institusi masjid, surau, pusat pengajian agama ataupun rumah anak yatim. Pahala untuk saham akhirat ayahanda.

Mahal? Memang bila dah berusia, sumbangan takaful akan lebih mahal. Tapi ikhtiar la kita sesama adik-beradik yang ada. Berkongsilah. Bukan untuk orang lain tapi ayahanda dan bonda kita jugak. Mereka dah banyak belanja membesarkan kita tanpa minta dibalas sikit pun. So sekarang inilah waktu kita berbakti pada mereka. Selagi mereka masih ada dan belum menutup mata...


Mindset saya senang aje. Bila kita ada Medical Card, kita ada kuasa memilih...Kita takkan terikat dengan hospital-hospital tertentu. Hospital swasta bebas untuk dipilih. Nak ke Hospital sana, pergi..Nak Hospital sini, pergi....

Kenapa saya cakap macam ni? Kat sini huraian saya >>> Kuasa Membuat Pilihan


Itulah feeling bila ada kuasa membuat pilihan...Alhamdulillah

Ikuti sambungannya di posting akan datang....

In Shaa Allah...


My Father Is A Cancer Fighter

Bismillahirrahmanirrahim

Maaf. Saya bukan penulis professional. Cuma sekadar nak berkongsi dengan sahabat-sahabat semua pengalaman saya sekeluarga. Melakar pengalaman bersama ayah kesayangan saya yang juga seorang penghidap kanser Usus Stage 4. Semoga ia bermanfaat untuk anda semua.


Pengenalan

Ayah saya seorang pesara guru. Sudah berusia 71 tahun. Menetap di Nilai, Negeri Sembilan. Walaupun sudah berusia namun khidmat bakti serta semangat sebagai pendidik masih tetap diteruskan. Kini bertugas sebagai Pengurus a.k.a Guru Besar di salah sebuah Sekolah Rendah Agam (swasta) di Kajang, Selangor.

Bergelar duda setelah pemergian arwah ibu saya pada tahun 2013 akibat kencing manis dan kegagalan organ dalaman berfungsi. Meninggal dunia di Hospital Seremban pada subuh 10hb Februari 2013 sewaktu cuti Perayaan Tahun Baru Cina. Setelah pemergian arwah ibu, adik lelaki saya dan keluarganya terus menetap bersama ayah. Untuk menjaga dan memantau tahap kesihatan ayah.

Kami cuma tiga beradik. Saya anak lelaki sulung (38 tahun), kakak saya (40 tahun) dan adik lelaki saya (37 tahun). Saya menetap bersama keluarga di Keramat, Kuala Lumpur dan kakak saya bersama keluarga mertuanya di Kajang, Selangor.

Ayah saya seorang yang sentiasa menjaga pemakanannya. Pantang betul dengan air ais. Tahap kesihatannya sangat baik sebelum ini. Ayah tidak pernah sakit teruk, jauh sekali masuk ke hospital. Selama 69 tahun, tidak pernah mengadu sakit dan tiada sakit kronik lain. 

Sehinggalah pada Januari 2015, buat pertama kalinya ayah disahkan ada Hypertension. Tidak serius cuma perlu untuk makan sebiji ubat sahaja sekali sehari. 


NOVEMBER 2016

Bagaimana Segalanya Bermula

Pertengahan November 2016, ayah mengadu sakit di bahagian punggung. Secara spesifiknya di bahagian dubur. Simptomnya adalah susah nak buang air besar. Keperitan yang amat sangat. Sehingga kadang kala menggangu pergerakan seharian baik untuk berkerja mahupun juga solat. Berlanjutan selama 3 minggu. Doktor beritahu ayah saya ada buasir. Sebelum ni ayah tiada simptom tersebut.

Disebabkan kesakitan yang melampau, ayah ubah dietnya. Cuma makan bubur dan soft food sahaja. Bimbang jika makan solid food, akan buat terasa lebih sakit bila nak buang air besar nanti. 

Selama tempoh sakit itu, ayah sering ke Kajang Plaza Medical Center (KPMC), Kajang untuk dapatkan rawatan. Ayah selesa di sini sebab ia swasta tapi tak mahal macam di swasta lain. Mudah katanya sebab tak ramai orang dan lebih selesa berbanding dengan di Hospital Kajang.

"In shaa Allah pakcik. Lepas seminggu, buasir tu akan kecut back to normal" kata doktor.

Doktor beri ubat untuk kecutkan buasir. Betul. Lepas seminggu buasir tu kecut. Tapi ayah masih susah nak buang air besar. Pedih. Berlanjutan selama 3 minggu. Akhirnya sampai ke tahapbuang air besar berserta darah. Doktor request nak buat blood test. Selepas beberapa hari, doktor minta ayah saya ke hospital dan warded untuk tujuan Colonoscopy Procedure.

Apa prosedur tu?
Boleh rujuk sini >>> What Is Colonoscopy Procedure?

Dan berdasarkan kepada prosedur yang telah dibuat, akhirnya doktor memaklumkan bahawa ayah suspected ada Kanser UsusKami bagaikan tak percaya dengan apa yang doktor baru sebutkan. Ayah yang sebelumnya sihat, tapi kini ayah diuji dengan ujian yang berat

Kanser Usus? Seriously???

Kami sendiri pada awalnya memang tak tahu apa tentang kanser usus. Dan macam mana dia boleh menyerang ayah saya...Apa tanda-tanda awal kanser usus? Macam mana boleh kena pada ayah saya? Akhirnya setelah dikaji, barulah kami tahu.

Based on Medical Terms >>> What Is Colon Cancer?

Atau

Rujuk posting saya di sini >>> Kanser Usus @ Colon Cancer


Terasa ralat sedikit tapi sebagai umat Islam kita kena percaya kepada qada' dan qaddar Allah swt. Ini adalah ujian Allah buat ayah sebagai hambaNya. 

Bukan mudah pada mulanya nak accept berita ni. Kalau kami pun tak boleh nak accept, macam mana pulak dengan ayah? Kami kena tunjuk semangat pada ayah. Kami tak boleh down tapi harus bagi ayah semangat. Kami cuba tenangkan ayah dan cuba sedapkan hatinya dengan mengatakan semua ini mungkin cuma andaian. Belum final lagi.

Selama 3 hari ayah di situ. Kos rawatan pun dah cecah RM5,000. Pakai duit simpanan dahulu. Walaupun mahal, yang penting result dapat cepat dan faktor ayah saya yang sedang sakit. Kami dah tak boleh buang masa. Ayah perlu segera dirujuk kepada pakar untuk pengesahan tahap berapa dan rawatan selanjutnya. Doktor terus buatkan referral letter untuk kami rujuk kepada Doktor Pakar di HUKM.

HUKM salah sebuah hospital yang terbaik. Namun, manusia akan selesa dengan sesuatu yang sudah mejadi kebiasaannya. Ya, saya sebenarnya selesa dengan Gleneagles Hospital. Saya, isteri dan bapa mertua saya sudah beberapa kali dimasukkan ke sini dan kami semua berpuas hati dengan layanan daripada pihak hospital.

Sihat & Mampu



Kita hanya merancang.

Allah jua yang menentukan...



Tak salah jika kita ikhtiar.

Lebih baik kita berusaha daripada sebaliknya....


Nak Buat HIBAH?


MUDAH???

Ya. Mudah sangat...

Anda cuma perlu SIHAT dan MAMPU untuk sumbang setiap bulan secara konsisten.

Itu sahaja.

Andai benar status kesihatan anda betul-betul sihat,

Apply WARISAN hari ini maka hari ini juga approved.

Anda dah terus boleh cipta LEGASI untuk waris anda.

HiBAH Telah Tercipta!


Jangan Biarkan Mereka Terus Mencari


PERKARA TERAKHIR :
Sebab anda rasa itu bukan keutamaan bagi anda. Dan anda takkan dapat apa-apa semasa hayat anda masih ada...Mindset anda - "Dah mati baru dapat, nak buat apa????"

PERKARA PERTAMA
Sebab family anda rasa itu keutamaan untuk mereka cari sebagai survival hidup setelah ketiadaan anda...

How Does Critical Illness Affects Our Financial?



First :
Your income akan stop. Sebab? Diberhentikan kerja sebab you are not productive anymore.

Second : 
Your expenses increases. Cause your lifestyle is changing. You need monthly supplements of medicines, and you still need to pay your commitments.

Third : 
Your savings kering. Terpaksa guna duit savings untuk cover up monthly expenses yang tersangkut. Nak saving balik cemana? Income dah takdak.

Fourth : 

You starting to feel frustrated and stressed out sebab duit tak cukup. Pinjam sana sini, hutang keliling pinggang. Problems keep pilling up.

So What Is The Solution?
Protect your income and savings through Takaful.
Peace of mind. In Shaa Allah

*Credit to Shahideen Abd Hakim


Wednesday, 26 April 2017

Apabila Anda Ada Pilihan Untuk Dapat Yang Terbaik


Salam...Hari ni saya nak sharekan total bill rawatan chemotherapy yang ayah saya sedang jalani di Gleneagles Hospital Kuala Lumpur. Untuk manfaat bersama.

02/03/2017 : 1st cycle chemo RM3,927.20
(Jumlah kena bayar : RM35.00)

16/03/2017 : 2nd cycle chemo RM4,591.75
(Jumlah kena bayar : RM35.00)

30/03/2017 : 3rd cycle chemo RM4,515.10
(Jumlah kena bayar : RM35.00)

17/04/2017 : Blood Transfusion RM1,267.90
(Jumlah kena bayar : RM35.00)

19/04/2017 : 4th cycle chemo RM3,953.60
(Jumlah kena bayar : RM35.00)

Kat sini sahaja sepanjang dua bulan, jumlah keseluruhan adalah RM18,395.55. Tetapi kami cuma perlu bayar RM175.00 sahaja. Semua jumlah yang besar-besar setakat ni ditanggung PruBSN. Alhamdulillah.

Bilangan sesi chemotherapy yang telah dijadualkan untuk ayah saya jalani pula adalah sebanyak 12 cycle chemo. So kini berbaki 8 cycle lagi. Kiralah jumlah kos yang bakal dikenakan....Kalau anggaran setiap cycle chemo cecah RM4k, bermakna kena ada RM32k lagi untuk sudahkan kesemua cycle...Bayangkan kalau takde back-up plan. Takkan nak keluarkan savings. Ye tak?

Proses admission untuk daycare chemo juga mudah. Submit Pre-GL beberapa hari sebelum tarikh next appointment, dan seterusnya dapat terus (INITIAL PRE-AUTHORIZATION LETTER) approval. Dah boleh proceed.

Bercakap mengenai PILIHAN

Berikut adalah antara pilihan yang telah saya dan keluarga buat demi kebaikan kami semua bersama. Dan saya nak anda fahamkan dan bayangkan jika anda berada di tempat saya :

PILIHAN 1
A) Rumah ayah di Nilai, Negeri Sembilan. Jauh lebih dekat ke Institut Kanser Negara, Putrajaya.
B) Saya pula tinggal dan berkerja di Kuala Lumpur.

Kalau anda jadi saya, sebagai seorang anak, anda nak jaga ayah yang sakit di Nilai atau bawa ayah dan jaga di Kuala Lumpur?
-------------------------------------------
PILIHAN 2

A) Ayah pesara kerajaan. Rawatan percuma di Institut Kanser Negara (IKN).
B) Ayah juga ada medical card. Kos rawatan ditanggung PruBSN.

Kalau anda jadi saya, mana satu anda nak guna dulu?
---------------------------------------------
PILIHAN 3

A) Jarak antara rumah ke Institut Kanser Negara (IKN) adalah 28km.
B) Jarak antara rumah ke Gleneagles Hospital pula adalah 1.5km.

Kalau anda jadi saya, anda pilih yang jauh atau yang dekat?
----------------------------------------------
PILIHAN 4

A) Kos di IKN percuma tapi kos lain keluar untuk minyak, tol, makan dll.
B) Kos di Gleneagles besar tapi ada medical card yang boleh cover. Kos lain sangat minima.

Kalau anda jadi saya, mana satu pilihan anda?
----------------------------------------------
Dan akhirnya kami pilih dan tukar ke Gleneagles untuk rawatan chemo seterusnya.

Kenapa kami bertukar?

Bukan sebab IKN tak bagus ye. Sebabnya kami nak kuasa memilih dan membuat pilihan terbaik atas faktor ayah yang uzur, masa, tenaga, tuntutan kerja saya, lokasi dan treatment.
Apa sahaja untuk ayah saya....

Kepada anda yang ada medical card. Jaga baik-baik untuk masa hadapan anda. Bukan cuma sakit sekarang tapi fikirkan sakit di masa akan datang.

Yang belum memiliki medical card, apply satu walaupun dengan mana-mana company sekalipun. Asalkan anda ada.

Saya bercakap berdasarkan pengalaman yang saya kini lalui.

Terpulang pada anda buat keputusan.

Sekian. Wassalam


Kanser Usus @ Colon Cancer



Ramai yang bertanyakan kepada saya - Ayah kau kanser apa Ril?

"Kanser Usus Tahap 4"


Punca @ Simptom Kanser Usus?

Buasir.


Buasir berserta buang air besar berdarah dialami pada awal bulan November 2016 yang akhirnya membawa kepada penemuan Kanser Usus Tahap 4 pada 1hb Disember 2016.


Macam mana sebenarnya Kanser Usus?

Rujuk gambar di atas untuk lebih detail. Kanser tu terjadi di dalam usus dan disebabkan peredaran masa, saiz ketumbuhan kanser tu akan menjadi lebih besar. Dan akhirnya akan mengakibatkan saluran usus akan menjadi sempit.


Alternatifnya, ketumbuhan kanser perlu dibuang. Saluran usus yang tinggal akan disambung kembali. Jangkaan tempoh masa untuk pulih adalah 4-6 bulan.


Kenapa perlu Stoma Bag @ Colostomy Bag?

Yes, penggunaan stoma bag adalah sangat penting ketika ini untuk menggantikan fungsi saluran usus sebenar. Konsepnya sama cuma pesakit tidak dapat mengawal pembuangan air besar. Bagi memastikan kebersihan dijaga, stoma bag perlu kerap digantikan bergantung kepada jenis yang digunakan. Ada yang One Piece dan Two Piece.

Cuma buat masa ini pembedahan untuk buang kanser tidak dapat diteruskan. Hanya berjaya ke peringkat stoma bag sahaja. Sel kanser sudah merebak ke hati dan tulang belakang. Jadinya, sel kanser yang telah merebak itu perlu dibunuh terlebih dahulu barulah kanser usus itu boleh dibuang. Chemo adalah jalan terbaik sepertimana yang disarankan oleh doktor di Institut Kanser Negara.

Sekian penjelasan ringkas berkenaan kanser usus yang ayah saya hadapi. In shaa Allah saya akan kongsi serba sedikit pengalaman saya dan apa maklumat saya tahu berkenaan perkara ini untuk perkongsian umum.


Mungkin sebagai guideline untuk yang 1st timer nak harungi pengalaman baru macam saya ni. Semoga ia bermanfaat untuk saya dan semua.

'Ingat Sihat Sebelum Sakit'



Adakah Benar Kita Rugi Bayar Takaful?



Hari ni saya nak share sikit berkenaan persoalan, adakah benar kita rugi bayar takaful?

Pernah dengar kan?

Sebelum saya bergelar agent pun saya sendiri pernah dengar kenyataan macam ni.

Okay. Saya share sikit CERITA BENAR yang saya sedang lalui dan anda boleh nilaikan sendiri.

Ayah saya adalah client saya, dan sayalah Agentnya. Beliau sudah memiliki Medical Card PruBSN Takaful sejak Disember 2015. Dengan contribution sebanyak RM890. Ya, mahal sedikit sebab dah berumur. Mungkin ramai yang akan kata saya rugi sebab contributionnya sangat tinggi. Boleh rujuk posting saya yang terdahulu >>> Saya Paksa Ayah Sign-Up Takaful

Sehingga ke hari ini ayah saya dah keluarkan sumbangan sebanyak RM890 X 17 bulan. Iaitu bersamaan dengan RM15,130.00

Soalan saya. RUGI tak????

Mungkin ada yang kata rugi sebab tak nampak lagi...

Tetapi setelah ayah saya disahkan menghidap Kanser Usus Stage 4 pada November 2016, kami memilih untuk menggunakan Medical Card di Gleneagles Hospital Kuala Lumpur. Kesemua kos rawatan yang ditanggung oleh pihak PruBSN Takaful pula adalah seperti berikut :

2015 : Kos pembedahan di Gleneagles Hospital RM13,242.23

2016 : Kos chemotheraphy 4 cycle di Gleneagles Hospital berjumlah RM18,395.55. Boleh rujuk pecahan bil rawatan keseluruhan chemo di sini >>> Total Bill for 4 Cycle of Chemotherapy               

Jadi jumlah keseluruhan adalah sebanyak RM31,637.78...

Nilaikan sendiri. Untuk tempoh 17 bulan sehingga hari ini :

Jumlah wang yang ayah saya sumbangkan untuk 17 bulan = RM15,130.00
Jumlah wang yang ditanggung PruBSN Takaful untuk 17 bulan = RM31,637.78

Soalan saya. Kat mana RUGI????

Satu lagi. Cycle chemo yang perlu ayah saya jalani adalah 12 cycle. Kini berbaki 8 cycle lagi. Kalau calculate in advance untuk kos 8 cycle X RM4,000 (anggaran) maka jumlahnya sekitar RM32,000 lagi yang bakal ditanggung oleh pihak PruBSN Takaful untuk ayah saya.

Soalan saya sekali lagi. Kat mana RUGI????

Rugi mungkin di mata anda. Tapi bagi saya, manfaat yang ayah dah terima adalah jauh lebih menguntungkan. Walaupun beliau seorang pesara kerajaan namun tetap bersyukur kerana adanya back-up plan untuk selamatkan wang pencen dan simpanannya daripada lebur...

Bagi anda yang dah memiliki Medical Card, disiplinkan diri anda. Buat bayaran setiap bulan dan jangan LAPSED. Sebab kita tak tahu bila kita akan dilanda RISIKO.

Hari ini kita mungkin sihat. Tapi kita kena ikhtiar untuk sakit yang bakal menjengah di usia emas nanti...


Tuesday, 25 April 2017

Kes Patah Tulang & Pemasangan Besi



Boleh rujuk gambar yang disertakan. Pelbagai contoh jenis patah tulang dan kaedah perubatan yang telah dibuat. Pemasangan besi adalah sebagai support sehinggalah tulang yang disambung kembali pulih.

Anda boleh search kat mr google dan baca banyak pengalaman-pengalaman orang yang pernah mengalami benda macam ni.

Persoalan di sini ada (3) sahaja :

1) KOS : Kosnya bukan murah ye saudara saudari. Cecah ribuan ringgit. Malahan ada yang puluhan ribu ringgit... Ada duit sebanyak itu? Atau nak guna duit simpanan?

2) MASA : Bila dah dalam keadaan macam ni, nak cepat atau lambat? Nak bedah terus atau tunggu?

3) MC @ CUTI : Kalau dah kena simen, masuk besi ni boleh masuk kerja dalam waktu terdekat? Ada jaminan? Kalau majikan boleh tunggu sampai kita sihat Alhamdulillah. Kalau tidak?

Bersedialah sekarang sementara tengah tak berlaku apa-apa.

Sebab yang saya paling khuatir, kalau terjadi apa-apa...anda langsung DAH TAK BOLEH BERBUAT APA-APA (lumpuh kekal keseluruhan)...

Sekurang-kurangnya jika berlaku kemalangan dan sekiranya memiliki takaful, anda ada medical card untuk tampung kos perubatan termasuk pemasangan besi.

Dan ada pampasan kemalangan sekiranya anda lumpuh kekal keseluruhan. Duit simpanan di bank tidak diusik dan kekal sebagai simpanan masa hadapan.


Secara Tiba-tiba

Ditakdirkan pasangan 'sehidup semati sehati sejiwa' kamu jatuh sakit di tempat kerja dan lumpuh seumur hayat....


Kamu dah hilang separuh atau mungkin kesemua pendapatan bulanan milik pasangan kamu..

Terpaksa kamu berkerja lebih masa atau mungkin buat dua kerja untuk tampung pendapatan yang hilang itu...

TETAPI...

Pasangan kamu yang lumpuh itu perlu penjagaan rapi 24 jam sehari...

Kamu sanggup berhenti kerja jaga pasangan kamu dengan tiada pendapatan?

ATAU

Kamu sanggup gajikan pembantu rumah sedangkan kamu juga tak cukup pendapatan dan kena kerja kuat lebih daripada biasa?

ATAU

Kamu dan pasangan apply sekarang PruBSN Warisan sekarang dengan jumlah perlindungan minima RM250k. Kamu/pasangan akan menerima hak penerimaan hibah tersebut seandainya kamu/pasangan didapati lumpuh kekal keseluruhan ataupun meninggal dunia...



Jangan fikir beban sekarang nak bayar bulan-bulan takaful.


Daripada esok lusa betul-betul terjadi...

Kamu akan lebih terbeban dengan kewangan, mental dan emosi...