Wednesday, 16 August 2017

Terlalu Awal Sangat tu...Fahamkan Dulu...

Jangan terlalu awal tanya saya berapa kena bayar sebulan kalau nak apply takaful.

Lebih afdhal saya terangkan dulu apa benefit yang korang boleh dapat, ambik tahu apa yang saya tawarkan dan apa kelebihan kalau ambil manfaat yang betul-betul lengkap. Biar betul-betul faham baru ambil. Sebab tu saya share ilmu dulu untuk kefahaman.

Sama juga macam nak masak tomyam. Nak hasilkan tomyam yang sedap, kena tahu segala bahan yang perlu ada. Kenapa kena ada serai, kenapa kena ada asam limau dan apa pentingnya daun limau purut. Tak cukup satu, mesti rasa kurang ummphh!



Kalau kat restoran, mahal macam mana pun tomyam tu tapi kalau dah sedap, harga tolak tepi. Yang penting sedap dan sanggup datang lagi...


Jangan Tangguh...Nanti Kena Tunggu...

Siang tadi jumpa bakal client di PWTC untuk sign surat wakil kuasa. Nak mohon laporan perubatan melalui saya sebab client tak free hari ni.

So lepas sign terus bergegas ke Institut Perubatan Respiratori Kuala Lumpur.


Institut Perubatan Respiratori

  Hospital Kuala Lumpur, 

  Jalan Pahang

  50586 Kuala Lumpur
  WP Kuala Lumpur

  Tel: 03-40232966
  Faks: 03-40218807
  Emel: ipr@moh.gov.my



Apa yang Institut ni offer rawatan kepada pesakit?
Institut ni Institut untuk apa?
ok saya jelaskan kat bawah ni...

INSTITUT PERUBATAN RESPIRATORI (IPR) adalah sebuah hospital di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang memberi perkhidmatan Kepakaran Perubatan Respiratori. Ianya terletak di Jalan Pahang, Kuala Lumpur. Sejarah institut ini bermula pada tahun 1958 di mana ia dikenali sebagai Klinik Tibi Jalan Pahang. Pada tahun 1961, klinik ini telah bertukar nama kepada Pusat Tibi Negara (PTN) bersesuaian dengan dasar Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengatasi masalah penyakit tibi. Dengan perluasan skop perkhidmatan respiratori yang diberikan, nama PTN telah ditukarkan kepada IPR pada tahun 1996. Ianya menawarkan perkhidmatan rawatan kepakaran dan nasihat kepada pesakit respiratori serta menyediakan latihan kepakaran dalam disiplin ini.

IPR menawarkan perkhidmatan seperti diagnostik pernafasan bronkoskopi, makmal tidur , makmal fungsi paru-paru yang lengkap dan makmal batuk kering. Satu lagi pencapaian IPR adalah menjalinkan kerjasama dengan Institut Jantung Negara untuk memulakan Program Pemindahan Paru-Paru. Perkhidmatan sokongan lain yang disediakan adalah fisioterapi, terapi pekerjaan, dan pemulihan pulmonari , klinik sosial dan perubatan TB. IPR juga merupakan pusat latihan pasca siswazah bagi perubatan pernafasan , di sini juga kerap dianjurkan kursus Tuberculosis dan Respiratory Disease Update. Untuk melengkapkan lagi perkhidmatan yang disediakan oleh IPR ,baru-baru ini memperkenalkan semula Pengurusan Kanser Paru-Paru dengan menggunakan ubat kemoterapi, Bilik Penamaan Semula dan Pusat Penjagaan Ambulatori yang ditempatkan di semua perkhidmatan diagnostik.

Sumber : Introduction - Respiratory Medicine (www.hkl.gov.my)

Memandangkan bakal client saya ni pernah ada history menghidap tubercolosis, makanya laporan perubatan perlu dikemukakan. Dia pernah warded untuk pembedahan pada 2015. Pengesahan daripada doktor yang membuat rawatan susulan ke atasnya bahawa dia bebas daripada mempunyai sel-sel tubercolosis...

Pegawai Unit Rekod menyatakan bahawa dalam masa 14 hari waktu berkerja laporan akan siap. Standard tu. Polisi Hospital Kerajaan. Nak buat macam mana. We have to follow the system & procedure. So kita tunggulah...

Nasihat saya :

Bagi yang masih sihat, segeralah mohon. Jangan ditangguh. Sekali sakit menyinggah, bermakna dah ada sejarah sakit. Semua tu nanti kena declare dan jika perlu kena ada laporan perubatan...

Perlu ingat ya. Lebih lama menunggu, lebih lama Tempoh Menunggu dapat selesai. Tahu tak apa tu?


So kalau tanya saya, bila waktu sebetulnya nak apply Takaful?

Jawapan saya :
Waktu yang betul-betul sesuai 120 hari (4 bulan yang lepas)
Waktu kedua yang sesuai adalah SEKARANG!!!!

Lulus atau tak sesuatu permohonan bukan kerja saya. Saya cuma bantu korang dapatkan takaful. Selebihnya di pihak syarikat yang akan menentukan status kelayakan...

Jadi jangan tangguh, tangguh, tangguh...
Nanti kena tunggu, tunggu, tunggu...
Sampai bila saya pun tak tahu...
Berdoalah agar masih ada peluang...


Kebenaran Yang Pasti...

Saya Ejen Takaful


Arwah ayah saya adalah salah seorang client saya


 Client pertama dapat sakit kritikal : Ayah Saya Sendiri (Kanser Usus)


 Client pertama guna limit medical card cecah RM50k : Ayah Saya sendiri

 Client pertama dapat Cek Pampasan Kematian : Ayah Saya Sendiri 
(serah kepada waris)

Yang masih ragu-ragu tapi hati kata mahu,
Meh kita sit down,
Saya boleh tunjuk satu-satu bukti...

One to One Eye Witness...



Shahril Rizal Razali


Monday, 14 August 2017

KERETA PERTAMA : KERETA BARU ATAU TERPAKAI?



Apabila seseorang mula mendapat pekerjaan, kereta menjadi satu keperluan dalam hidup untuk memudahkan individu tersebut bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Perkara pertama yang perlu difikirkan adalah sama ada mahu beli kereta baru atau kereta terpakai.


Ramai yang mahu beli kereta baru kerana kos pemulihan dari kerosakan yang rendah kerana masih lagi mempunyai warranty. Namun, kereta terpakai juga kurang kos pemulihan jika anda pandai untuk memilihnya. Kereta baru biasanya lebih mahal berbanding kereta terpakai dan ini menyebabkan komitmen setiap bulan anda sangat tinggi.

Sebelum buat keputusan untuk pilih kereta baru atau kereta terpakai, semak dahulu beberapa faktor di bawah :

Kemampuan kewangan

Sebelum beli kereta, semak dahulu kemampuan kewangan anda termasuk bayaran ansuran dan kos lain yang perlu dibayar setiap bulan. Buat kira-kira berkenaan jumlah harga kereta yang anda layak berdasarkan gaji anda.

Jumlah ansuran terbaik dan selamat untuk anda beli adalah dengan kadar 20% dari gaji bersih anda. Jika gaji anda adalah RM3,000, beli kereta dengan bayaran ansuran RM600 ke bawah.

Kenapa hanya RM600 sahaja? Kerana anda juga perlu buat bayaran terhadap kos-kos lain seperti:
- Insuran
- Cukai jalan
- Petrol
- penyelenggaraan dan servis
- tol, tempat letak kereta dan lain-lain lagi.

Secara kasarnya, jumlah kos yang perlu anda bayar adalah dua kali ganda dari bayaran ansuran anda setiap bulan. Jika ansuran anda adalah RM600 sebulan, kos sebenar yang anda perlu keluarkan adalah RM1,200 sebulan.


Oleh itu, jika anda mampu untuk beli kereta baru dengan kos pemilikan RM1,200 sebulan, anda boleh beli kereta baru tersebut. Namun, jika jumlah tersebut terlalu besar, anda perlu memikirkan untuk mengambil kereta terpakai yang lebih murah.

Keperluan penggunaan

Apakah keperluan kereta tersebut untuk anda?
Berapa kali anda guna kereta tersebut dalam masa sebulan?
Adakah anda perlu gunakan untuk jarak yang jauh?

Soalan di atas merupakan beberapa soalan yang perlu anda jawab sebelum membuat pilihan membeli kereta baru atau terpakai.

Pertama, jika pekerjaan anda memang memerlukan anda sentiasa bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain, ini bermakna anda memang memerlukan kereta tersebut.

Kedua, jika anda menggunakan kenderaan tersebut hampir setiap hari, kereta baru adalah pilihan yang tepat kerana anda tidak perlu risau berkenaan keadaan kereta tersebut. Jika anda menggunakan kereta tersebut pada hujung minggu, kereta terpakai lebih baik.

Ketiga, jika jarak rumah dan pejabat anda adalah jauh, kereta baru juga adalah pilihan yang baik. Selain itu, jika anda juga kerap pulang ke kampung halaman dengan jarak yang jauh seperti dari Kuala Lumpur ke Kelantan, kereta baru lebih selamat.

Tip sebelum anda beli kereta


  • Pastikan anda membuat perbandingan berkenaan harga yang anda layak beli.
  • Pastikan anda mempunyai bayaran pendahuluan yang cukup bagi mengurangkan bayaran ansuran anda
  • Mohon pinjaman dari beberapa buah bank untuk dapatkan tawaran pinjaman yang terbaik
  • Sediakan simpanan kecemasan 
  • Jika mahu beli kereta terpakai, dapatkan nasihat dari kenalan mekanik yang dipercayai.
Sumber : Nasihat Kewangan


Wednesday, 9 August 2017

Pernah Alami Virus Beguk?

Last week, anak saya demam. Fever 38-39 degree Celcius. Dah bawak jumpa doktor, dan findings cuma demam biasa. Then, dua hari kemudiannya anak saya masih demam. Saya dapati ada sedikit perubahan pada bentuk fizikal muka anak saya iaitu di bahagian pipi (bahagian rahang). Agak sedikit membengkak dan anak saya tak bagi saya sentuh bahagian tu. Sakit katanya. Finally, doktor klinik sahkan ianya adalah beguk. Dan demam itu membawa virus beguk.

Dah lama juga saya tak dengar pasal virus beguk ni. Zaman sekolah rendah dulu selalu dengar. Lepas tu takde dah. Akhirnya sekarang baru kedengaran pasal virus ni.

Kuarantin. Yes! Doktor nasihatkan untuk duduk sahaja di rumah. Sebab virus ini sangat mudah berjangkit. Kesannya jangkitan bukan secara terus. Hari ni dijangkiti dan esok terus dapat beguk. Tapi makan masa. When the time is right, beguk will appear. Haiiihhh....

Tiada apa-apa ubat spesifik untuk hilangkan beguk ni. Doktor cuma beri ubat demam, batuk dan antibiotk. Beguk itu akan hilang dalam masa 10 hari.

Kami cuma amalkan petua orang dulu-dulu. Mak mertua yang bagi tips.


Ambil nila (yang kita dok nila kan baju sekolah tu)....Letakkan dalam piring. Titiskan beberapa titik cuka ke dalamnya. Kacau sebati dan lumurkan ke bahagian beguk tu. Ulang beberapa kali. Jangan risau, esok pagi bilas dengan air, ia akan hilang. Alhamdulillah berhasil...

Disebabkan saya bukan doktor, bahasa saya mungkin bahasa pasar @ biasa-biasa sahaja. So kat sini saya kongsikan sharing daripada salah seorang doktor yang lebih arif berkenaan beguk ini. Semoga penulisan doktor ini memberi guidence dan manfaat kepada anda semua...

Apakah itu beguk?

Beguk merupakan satu penyakit yang disebabkan oleh virus. Ia menyebabkan pembengkakkan dan rasa sakit pada kelenjar parotid. Ia mudah berjangkit dan virus merebak melalui titisan daripada mulut, hidung dan tekak apabila mereka yang dijangkiti beguk mengalami batuk atau bersin. Ia boleh berjangkit selepas 3 atau 4 hari selepas pembengkakan bermula.
Apakah tanda-tanda dan gejala-gejala Beguk?

Tanda dan gejala jangkitan bermula selepas 12-25 hari berhubungan dengan orang yang dijangkiti. Sesetengah orang yang dijangkiti beguk tiada simptom awal, mereka mungkin menghadapi :
  • Demam
  • Sakit kepala
  • Mulut kering dan hilang selera
  • Keletihan
  • Pembengkakan pada satu atau kedua-dua kelenjar parotid
Gejala-gejala ini biasanya hilang dalam masa 10–12 hari
Adakah ia satu penyakit yang ringan(biasa)? Walaupun semua orang yang dijangkiti biasanya akan pulih sepenuhnya, kadang-kadang komplikasi juga boleh berlaku seperti:
  • Encephalitis(Pembengkakan pada otak)
  • Meningitis(pembengkakan pada lapisan otak)
  • Panccreatitis( Pembengkakan pada Pankreas)
  • Orchitis(Lebam pada testis) berlaku pada lelaki dewasa
  • Pekak
Bagaimanakah ia dirawat?
Tiada ubat yang khusus untuk beguk tetapi simptom-simptom boleh dilegakan dengan :
  • Paracetamol untuk mengurangkan demam dan rasa sakit
  • Mengambil lebih minuman tetapi elakkan jus-jus yang berasid
  • Letakkan ais pada kelenjar parotid atau testis untuk melagakan kesakitan.
Orang yang dijangkiti hendaklah tinggal di rumah sehingga ianya tidak boleh lagi berjangkit ( iaitu sehingga 9 hari selepas pembengkakan kelenjar saliva) atau sehingga bengkak tersebut hilang.
Bolehkah ia dicegah?
Beguk juga boleh dicegah dengan vaksin. Vaksin beguk ini diberi pada umur 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun sebagai sebahagian daripada vaksin MMR iaitu (mumps,measles and rubella) ianya sangat berkesan untuk mencegah beguk ini.

Sumber : PORTAL MyHEALTH (http://www.myhealth.gov.my/beguk-3/)

Content Writer : Dr. Chan Kwai Cheng